BACKGROUND

i like..

Wednesday, April 14, 2010

my new mission..100 days without rice!

Happy nye saye..nampaknya my effort membuahkan hasil walaupun sedikit..huhu, anyway congrate for myself ! i can wearing my old shirt..ngehehe..thanks hubby for ur support, i love u..my f.book friends also. Now, saya dah 26 hari tidak menjadikan nasi sebagai makanan ruji saya. Sedih jugak bila nengok org makan nasik dengan lauk yang enak2. Syukur lah saya dapat mendisiplinkan diri, tidak seperti sebelumnya..memang susah, khususnya untuk first week. Alhamdulillah lah...Mission saya adalah untuk tidak mengambil nasi selama 20 hari dah complete! but dah terlebih..so, my new mission is NO RICE FOR 100 DAYS..hope i can do it! please support me! anyway my current weight is 85 kg from 90kg..i lose 5kg.

Monday, March 22, 2010

20 days without rice!

Semalam saya mulakan misi saya untuk tidak mengambil nasi selama 20 hari. Jangan gelak..jangan gelak..

saya dah berjaya untuk hari pertama. hooyeah! tapi malam tadi perut asyik menyanyi lagu dangdut..sabar..sabar..kesabaran kunci kejayaan. ( Encik Reduan makan roti inti udang depan saya dengan muka menunjukkan bahawa ia sangat lazat)..uhuhuhu..

Sila lihat gadget saya sebelah kanan ye..saya update tiap 2 hari..kalu ada apa2 suggestion, please komen ye,,tengkiu. Sokonglah saya! target turun 5 dulu pun takpe..

Thursday, March 18, 2010

selamat pengantin baru

Aishah & Hubby
I Wish U a Happy Wedding day,
Hope ur marriage will be blessed by Allah.


This is my friend, Siti Noraisah Samingan



Thursday, March 11, 2010

GAMBAR KAWIN KU..untuk tatapan sahabat

oh lama benar saya tak update kan? es ai bi yu key..sibuk!
Here i post kan gambar2 kawin i..saje , untuk tatapan semua..






saje suka - suki...
4 years ago..i miss this memory so much....!










Sunday, February 28, 2010

KANAK-KANAK 3 TAHUN MATI DIDERA TEMAN LELAKI IBU



KUALA LUMPUR, 26 Feb — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali malam tadi.

Syafia Humairah Sahari

Mangsa, Syafia Humairah Sahari, sebelum itu dibawa oleh teman lelaki ibunya itu ke Hospital Kuala Kubu Baharu dengan mendakwa kanak-kanak malang itu mati kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Lelaki yang berusia 28 tahun itu datang bersama seorang rakan lelaki dan kemudiannya meninggalkan kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa itu di wad kecemasan kira-kira pukul 8.30 malam.“Ketika jururawat hendak bertanya lebih lanjut mengenai kemalangan itu, mereka kemudiannya melarikan diri dengan mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.“Kira-kira pukul 11 malam, pihak hospital menghubungi kita dan hasil semakan, tiada sebarang laporan diterima mengenai kemalangan jalan raya dan hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati mangsa dipercayai mati akibat didera,” kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Affandi Yahya dipetik Bernama.

Norel Azmi berkata hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan di tubuh badan selain luka-luka di dagu, lebam di perut serta bawah telinga dan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke hospital.Beliau berkata polis kemudiannya menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi kira-kira pukul 3 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ibu mangsa dan teman lelakinya itu difahamkan mempunyai hubungan sejak enam tahun lalu dan mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan mereka.

Ibu mangsa, yang merupakan ibu tunggal dan berusia 25 tahun itu juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinannya, kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru selepas dilaporkan pengsan akibat terkejut dengan berita kematian anaknya.

Sementara itu bapa kepada suspek tersebut ketika ditemui di rumah flat kos rendah di Batu 30 enggan mengulas lanjut.Katanya, dia akan memberi keterangannya kepada pihak polis apabila diperlukan.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek telah keluar untuk bermain bola di padang bola berdekatan dengan membawa mangsa bersama.Ketika suspek sedang bermain bola, kanak-kanak itu tiba-tiba menangis sebelum suspek datang ke arahnya dan menyerang kanak-kanak itu.

Saksi yang turut berada di padang tersebut ketika itu berkata orang ramai kemudiannya meleraikan sebelum mengangkat kanak-kanak tersebut yang sudah lembik ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Md Rashid berkata polis akan mengambil keterangan ibu mangsa yang kini sudah sedar.

AL-FATIHAH..SYURGA ADALAH TEMPATMU..

Wednesday, February 17, 2010

KAK IMA BERTUNANG!

Alahai kawan ku ini dah pun bertunang dengan pilihan nya pada 14/2/2010 on valentine.. i'm proud of you sis! ngehehe..ala omak kawin kan aku..la la la ..

Kak ima is my roommate, classmate and also my bestfreind from Perak..i love and miss her so much..
ni la kak ima dengan jari yang menunjukkan tanda dua, dua apa saya pun tak tau.. 2 ari bulan? 2 bulan lagi?RM20,000 duit hantaran? hanya kak ima saja yang tahu.. ku doakan kau bahagia..


alahai cantik nye bakal "puan" irimawati suri ismail..kecik molek haluh manih..

Thursday, February 11, 2010

al - fatihah

Petang semalam nenek saudara saya ( wok limoh ) dijemput pulang ke Pangkuan yang maha pencipta ALLAH swt kerana sakit buah pinggang dan sakit tua.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Wok Limoh.



gambar wok limoh bersama izzat ( gambar diambil dari blog kisah kami )